Pertubuhan Amal Sejagat Malaysia bantu mangsa banjir di Jerantut
Pertubuhan Amal Sejagat Malaysia bantu mangsa banjir di Jerantut
JERANTUT- Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat (Amal Sejagat) telah memberi menyumbangkan bantuan makanan dan alat kebersihan diri di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan (SK) Inderapura dekat sini hari ini.
Pengerusi, Mohd. Nor Izzat Mohd Johari berkata, seramai 19 buah ketua isi rumah (KIR) yang masih berada di PPS tersebut menerima sumbangan daripada Amal Sejagat.
“Prihatin dengan kesusahan mengalami tekanan musibah banjir dan kebajikan mangsa, pertubuhan ini terpanggil apabila mangsa di sini cuma tinggal sehelai sepinggang hanya cuma sempat membawa dokumen penting apabila air naik mendadak pada 19 Disember lalu.
“Walaupun sumbangan tidak seberapa, tetapi amal jariah daripada Amal Sejagat dapat meringankan beban kesusahan dan belanja keluarga ini dalam tempoh pemulihan nanti,” katanya.
Katanya, bantuan yang bernilai RM60 terdiri daripada makanan seperti biskut , Chokee Chocolate Malt, sambal hijau, lampin pakai buang dan susu tepung Formula kepada mangsa ini tinggal di pinggir bandar Jerantut terdiri daripada peniaga dan pekerja am termasuk penyewa yang berpendapatan rendah.
Sementara itu, seorang mangsa banjir, Ibrahim Abdullah, 45, berkata, kejadian banjir sudah dua kali dialami tahun ini.
“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada pertubuhan ini yang menyumbangkan makanan sekurang-kurangnya mampu bertahan selama seminggu dalam tempoh pemulihan selepas ini,” katanya.
Katanya, selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mangsa banjir juga berterima kasih kepada Pemangku Sultan Pahang, Tengku Hassanal, wakil rakyat dan pengurusan SK Inderapura yang memberikan bantuan makanan dan wang tunai serta kemudahan lojistik.-SAHIH.