Mesyuarat CDM esok akan tentukan nasib Ziyad
Mesyuarat CDM esok akan tentukan nasib Ziyad
PETALING JAYA: Tidak berakhir malam ini, sebaliknya drama ‘Emas Hari Kebangsaan diragut?’ bakal bersambung pada keesokan hari.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu berkata, bantahan semula ke atas Ukraine akan di bawa ke mesyuarat Cheif de Mission (CDM), esok pagi, lapor utusan online
“Protes daripada Ukraine masih diterima. Counter protest daripada tiga negara akan dibawa ke mesyuarat CDM esok pagi.
“Kita pertahankan. Mohon doa rakyat Malaysia,” tulis Faizal menerusi Twitter, sebentar tadi.
Terdahulu, pingat emas Ziyad Zolkefli dalam acara acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) Sukan Paralimpik 2020, kira-kira pukul 7.30 malam tadi tiba-tiba ‘diragut’.
Ia susulan terdapat protes daripada atlet Ukraine dengan mendakwa tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts dari Australia dan Jordi Patricio (Ecuador), lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.
Protes tersebut menyebabkan tiga atlet terbabit dalam status did not start (DNS), sekali gus menyebabkan pingat emas yang dimenangi Ziyad, termasuk rekod dunia baharu, 17.94m dibatalkan.