BAHAGIAN 2 : MAYAT MUSTAFA KAMAL ATATURK TIDAK DITERIMA BUMI
BAHAGIAN 2 : MAYAT MUSTAFA KAMAL ATATURK TIDAK DITERIMA BUMI
Di saat kematiannya, Allah telah mendatangkan beberapa penyakit kepada Mustafa sehingga dia rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah, didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan. Diikuti sakit jantung, penyakit darah tinggi dan panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak pendingin-pendingin air di dalam selimut untuk menyejukkan dia. Maha Suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, dia menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.
Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka yang bertanggung jawab telah menghantar Mustafa ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan dia akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang. Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi dia hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, dia pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu dia meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan dia datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tidak dapat dibayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama Etna Grafi, selama 15 tahun sehingga tahun 1953. Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya.
Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Ataturk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Ataturk.
Sumber: https://iluminasi.com/bm/mustafa-kemal-ataturk-pemerintah-kejam-yang-mayatnya-tidak-diterima-bumi.html