LIMA TAMAN PERUMAHAN DI MENTAKAB PKPD
LIMA TAMAN PERUMAHAN DI MENTAKAB PKPD
MENTAKAB: Lima taman perumahan di sini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ekoran peningkatan kes positif Covid-19 yang membimbangkan di lokaliti tersebut, hari ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan lokaliti tersebut perlu menjalani PKPD bagi menyekat penularan wabak itu.
Taman Bukit Bendera terdapat 8 kes, Taman Rimba (10), Taman Sri Layang (7), Taman Saga (3) dan Taman Saga Indah 2 kes dikesan berlaku. Taman-taman itu akan dilasanakan perintah PKPD mulai 22 Jun sehingga 5 Julai.
Pelaksanaa PKPD di kawasan itu bagi memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes positif dan kontak rapat supaya dapat diasingkan secepat mungkin serta menyekat pergerakan dan penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti itu.-SAHIH.