DONALD TRUMP DAPAT UNDIAN RENDAH PENYOKONG
DONALD TRUMP DAPAT UNDIAN RENDAH PENYOKONG
WASHINGTON: Presiden Donald Trump akan meninggalkan Rumah Putih esok.
Lapor AFP, berdasarkan undian Gallup semalam menunjukkan Trump memperoleh undian terendah daripada rakyat Amerika Syarikat (AS), iaitu 34 peratus yang menyokong apa yang dilakukannya.
Gambar penyokong Trump sedang memegang senapang oleh AFP
Menurut Gallup, purata kelulusan sepanjang satu penggal Trump sebagai presiden ialah 41 peratus, iaitu empat mata rendah jika dibandingkan dengan penyandang terdahulu.
Undian kelulusan pekerjaan Trump jatuh kepada 35 pratus pada undian sebelumnya kerana kegagalan beliau mengutuk keganasan dilakukan oleh pelampau kulit putih di Charlottesville, Virgina pada 2017.
Undian terakhir Trump dalam jawatan Presiden dijalankan pada 4 hingga 11 Januari lalu, yang meliputi rusuhan di bangunan Capitol oleh penyokong beliau yang cuba menafikan kemenangan pilihan raya dimiliki Joe Biden.
Bangunan Capitol yang dikawal tentera – Gambar AFP
Rating paling tinggi pernah diraih Trump pada awal tahun lalu ketika beliau berdepan pendakwaan di Senat atas tuduhan cubaan memaksa Ukraine membantunya memburuk-burukkan Biden dan sewaktu peringkat awal penularan pandemik COVID-19.
Rakyat AS percaya Trump memberi tindak balas baik terhadap virus yang kini sudah membunuh 398,000 orang di negara berkenaan.