PKPB DITAMATKAN ESOK
HANYA BEBERAPA NEGERI MASIH DIKENAKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak melanjutkan lagi perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di kebanyakan kawasan selepas ia berakhir pada 6 Disember ini.
Menurut laporan Malaysiakini, Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, jika PKPB diteruskan negara mengalami kerugian sehingga RM300 juta sehari dan menjejaskan keluaran dalam negara kasar (KDNK).
Justeru menteri kanan itu berkata PKPB akan ditamatkan esok kecuali di Sabah, Kuala Lumpur, sebahagian besar Selangor dan sebahagian daerah di Johor and Negeri Sembilan.
MENTERI KANAN KESELAMATAN, ISMAIL SABRI YAAKOB
Berikut adalah butiran yang diumumkan Ismail Sabri dalam sidang medianya hari ini:
Selangor: PKPB dilanjutkan sehingga 20 Disember kecuali daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
Wilayah Persekutuan: PKPB ditamatkan di Putrajaya dan Labuan tetapi dilanjutkan di Kuala Lumpur.
Pulau Pinang: PKPB tamat kecuali Mukim 12 Daerah Barat Daya dan Mukim 13 Timur Laut.
Perak: PKPB tamat kecuali bagi daerah Kita dan Mukim Teja, Kampar dan Changkat Jong di Hilir Perak yang dilanjutkan ke 20 Disember.
Kelantan: PKPB tamat kecuali di daerah Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas.
Johor: PKPB tamat kecuali untuk daerah Johor Bahru, Batu Pahat, Kulai, Kota Tinggi.
Tiada PKPB di Pahang, Kedah, Perlis, Melaka dan Sarawak.
GAMBAR HIASAN
Bagaimanapun di sebalik tamatnya PKPB, seluruh negara kini masih diletakkan dalam pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).
Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan PKPP akan berlanjutan sehingga 31 Disember 2020.