528 tahanan Rohingya melarikan diri dari depoh JIM
PULAU PINANG – Seramai 528 tahanan Rohingya melarikan diri dari depoh Imigresen sementara Sungai Bakap, dekat sini, awal pagi ini.
Bagaimanapun, enam daripada mereka maut dalam kemalangan jalan raya ketika melarikan diri.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Khairul Dzaimee Daud, tahanan telah memecahkan pintu dan besi jeriji di depoh sebelum melarikan diri secara berkumpulan sekitar jam 4.30 pagi.
“Sehingga 10 pagi ini, 362 tahanan telah ditahan semula. Misi memburu mereka yang lain masih diteruskan,” kata Khairul dalam kenyataan.-SAHIH.