15,060 MAUT SEBAB MEROKOK PADA TAHUN 2016 -2018
Dianggarkan seramai 5 juta orang perokok di Malaysia dan didominasi oleh golongan lelaki sebanyak 40.5 peratus atau 2.02 juta orang, manakala perokok perempuan sebanyak 1.2 peratus atau 75,000 orang perokok dan mengakibatkan kematian pelbagai penyakit disebabkan merokok seramai 15,060 orang.
Berdasarkan golongan tahap pendapatan , golongan B40 dianggarkan merokok sebanyak 65 peratus atau 3.25 juta orang, golongan M40 sebanyak 31% (1.55 juta) dan kategori T20 sebanyak 5% atau 250,000 orang perokok.
Golongan rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan penjawat awam yang merokok seramai 18% atau 900,000 orang , pekerja swasta pula sebanyak 30% (1.5 juta perokok) dan bekerja sendiri sebanyak 34% atau 1.7 juta orang
Rakyat Malaysia yang merokok yang tiada pendapatan tetap sebanyak 2% (100,000 orang), manakala pesara sebanyak 18% (900,000 orang) dan golongan pelajar turut tersenarai sebagai perokok sebanyak 8% (400,000 orang) serta pengganggur sebanyak 16.5% atau 825,000 yang mengamalkan gaya hidup merokok ini.
Akibat daripada merokok yang membawa kesan kanser paru-paru, penyakit jantung dan paru-paru kronik , tahun 2016 yang dimasukan ke wad seramai 5,611 dan meninggal seramai 985, pada tahun 2017 seramai 6,234 dan mati 867, manakala pada tahun 2018 yang dimasukkan ke wad seramai 5,673 dan meninggal dunia seramai 815.
Perokok yang mengalami penyakit jantung ischemic (Ischemic heart disease) yang dimasukan ke hospital seramai 70,807 dan meninggal seramai 4,058 pada tahun 2016, pada tahun 2017 pula seramai 69,913 masuk wad dan mati 3,284. Pada tahun 2018 bilangan yang dimasukkan ke wad sebanyak 72,478 dan mati 3,176 orang.
Perokok yang mengalami penyakit paru-paru kronik (Chronic lung disease) dimasukan ke hospital seramai 27,097 orang dan meninggal dunia seramai 601 pada tahun 2016, manakala pada 2017 pula seramai 28,616 dan meninggal 609, tahun 2018 pula jumlah meningkat kepada 30,604 orang dan meninggal 665.
-Sumber ini dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)