YRS sumbang pek makanan kepada 60 golongan asnaf
YRS sumbang pek makanan kepada 60 golongan asnaf
JERANTUT – Yayasan Raja Shamri (YRS) telah memberi sumbangan berbentuk peka makanan kering kepada 60 orang golongan asnaf yang kehilangan pekerjaan, warga emas, kes kurantin dan tiada punca pendapatan di sekitar Jerantut dan Temerloh baru-baru ini.
Sukarelawan bagi pihak Kumpulan 3rd Force YRS telah menyampaikan sumbangan tersebut di Kampung Bukit Dinding, Kg Batu 100 di Jerantut dan Kampung Sajang, Kg Golt Holt serta Kg Paya Sok, Temerloh
YRS ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan untuk memberi inspirasi kemanusiaan dengan mempermudahkan untuk berbuat baik, mengajak semua berbuat baik dan meraikan kerja-kerja kebaikan dan kebajikan.
Wakil 3rd Force YRS, Fauzan Adnan berkata, sumbangan itu diberikan secara telus dan tanpa banyak protokol atau birokrasi supaya bantuan diterima dengan pantas demi memberi kehidupan yang lebih baik kepada golongan yang memerlukan yang menjadi falsafah YRS.
“The 3rd Force merupakan sebuah NGO berdaftar yang telah bertapak bukan sahaja di dalam negara malah juga di luar negara seperti di Qatar, Arab Saudi, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.
“Perjuangan pengasas YRS hanya satu, iaitu untuk mengajak semua orang untuk menjadi orang baik-baik yang menaungi kerja-kerja kemanusiaan,” katanya.
Katanya, The 3rd Force menjadikan pengasasnya, Raja Shamri sebagai ikon Orang kurang upaya (OKU) yang memperjuangkan isu-isu kemanusiaan bukan sahaja bersifat domestik malah menyeluruh ke seluruh negara. -SAHIH.