YP Maintenance baiki jalan rosak di Kuantan dan Maran
Foto atas : Petugas YP Maintenance membaik jalan di Jalan Bangas, Maran.
YP Maintenance baiki jalan rosak di Kuantan dan Maran
KUANTAN – YP Maintenance selaku konsesi jalan bertindak dengan segera membaiki jalan rosak di beberapa jalan (RO1) di Kuantan dan Maran sebelum cuti Perayaan Tahun Baru Cina, baru-baru ini.
Antara pembaikan yang dilakukan seperti menutup lubang (pothole patching), jalan retak dan lain-lain.
ADUN Bebar, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff yang juga exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan berkata, beliau berharap agar kerja yang baik, bersungguh-sungguh dan dedikasi seperti ini akan diteruskan dengan lebih giat lagi.
“Saya difahamkan banyak lokasi akan terus dipantau dan dilaksanakan kerja-kerja ini secara berterusan demi keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya di negeri ini,” katanya.
“Diharapkan YP Maintenance melaksanakan semua kerja ini dengon skop kerja yang betul dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan serta segera ambil tindakan aduan rakyat,” katanya.
Katanya, sebanyak 27 batang jalan raya telah dibaiki, sebanyak 22 jalan di Kuantan dan di lima Maran.
“Semua kerja ini akan diteruskan dan dilaporkan untuk pengetahuan dan kefahaman rakyat, diharap rakyat dapat sama merujuk FB #YPMaintenance, #JKR & #MBK agar maklumat lebih difahami,” katanya.-SAHIH.