Young Syefura akan galas tugas dengan baik
Young Syefura akan galas tugas dengan baik
BENTONG – “Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengurniakan kepada saya kejayaan ini, terima kasih kepada semua warga Bentong telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menggalas tugas sebagai ahli parlimen anda,” kata Young Syefura Othman selepas memenangi Parlimen Bentong, malam tadi.
Calon Parlimen Bentong (P089) yang menerima 25,075 undi menewaskan Liow Tiong Lai (BN) yang menerima undian sebanyak 24,383 undi dan Roslan Hassan (PN) dengan undian 16,233 serta dua calon bebas, Wong Tack dan Achik Khalil masing-masing menerima 798 dan 168 undi.
Beliau sebelum ini menyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari telah diletakkan di parlimen Bentong dan bersaing dengan lawannya dengan majoriti tipis 692 undi.
“Bukan mudah, majoriti yang diperolehi oleh saya adalah rendah tetapi, ini menjadi pembakar semangat saya untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh memperolehi kepercayaan dari pengundi Bentong.
“Sebagai wakil rakyat kepada semua warga Bentong, saya akan menjalankan tanggunjawab sebaik mungkin agar matlamat dan visinya untuk Bentong akan tercapai dan suara pengundi akan di bawa ke Dewan Rakyat tidak kira agama, bangsa mahupun pegangan politik,” katanya
Katanya, terima kasih kepada semua sukarelawan yang telah membantu saya sepanjang kempen ini, terima kasih khas buat kumpulan sukarelawan yang datang dari luar Bentong untuk membantu semua calon-calon Pakatan Harapan Bentong pada PRU15 kali ini.