Yayasan Infaq ANGKASA wakaf RM594,000
Foto atas: Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA, Datuk Ahmad Tajudin Abdul Rahman bersama Pengerusi MAINS, Datuk Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir menandatangani dokumen tersebut di hadapan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bersempena Majlis Pelancaran Bulan Wakaf Kebangsaan Negeri Sembilan 2022, baru-baru ini.
Yayasan Infaq ANGKASA wakaf RM594,000
SEREMBAN – Yayasan Infaq ANGKASA menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) untuk mewakafkan wang tunai sebanyak RM 594,000 bagi tujuan pembelian bangunan wakaf di Seremban, Negeri Sembilan.
Datuk Seri Aminuddin menerangkan tentang kepentingan dan hikmah wakaf kepada umat Islam, wakaf boleh disumbangkan melalui tiga cara iaitu tunai, harta dan potongan gaji.
“Sumbangan ini akan dikumpulkan untuk tujuan pembangunan aset kekal umat Islam dalam sektor kerohanian, pendidikan, kesihatan, kebajikan dan kemaslahatan sosioekonomi,” jelasnya.
Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Razali Ab. Malik, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, dan Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Mohamad Ali Hasan.
Beliau juga turut menggalakkan semua kakitangan kerajaan dan swasta di Negeri Sembilan untuk melaksanakan potongan gaji sekurang-kurangnya RM 5 sebulan bagi tujuan wakaf.-SAHIH.