Wujudkan Koperasi pemborong untuk bantu atasi kenaikan harga barang
Wujudkan Koperasi pemborong untuk bantu atasi kenaikan harga barang
BERA – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) disaran berbincang bagi membantu kerajaan mengatasi kenaikan harga barang ketika ini dengan mewujudkan pemborong di kalangan koperasi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemborong di kalangan koperasi bertindak membeli barangan secara pukal dengan modal yang rendah dan membekalkannya kepada lebih seribu 500 kedai runcit koperasi di seluruh negara dengan harga yang lebih rendah.
Ekoran itu, kira-kira 7 juta ahli koperasi di seluruh negara dan rakyat amnya, dapat menikmati harga yang rendah dengan membeli di koperasi-koperasi berhampiran mereka.
“Wujudkan satu pemborong-pemborong koperasi, koperasi makmur ker, pemborong angkasa ker, supaya koperasi ni boleh beli secara banyak, secara pukal kalau ada 1500 kedai kita berpakat pulak dengan FAMA, FAMA pun ada kedai, kalau dia ada 1,500 kedai kita 1,500 dah ada 3,000 kedai jadi kalau beras tarik beli seratus kampit dia beli untuk seluruh koperasi di Malaysia mungkin beribu kampit dibeli kita beli harga pukal harga akan turun”
Sementara itu Ismail Sabri turut menyatakan kesalnya terhadap tohmahan kononnya daging dan ayam yang diimport dari Thailand dan China adalah tidak halal.
Menurut Ismail, kerajaan sebelum membenarkan import ayam dan daging, pihak JAKIM akan melakukan lawatan ke negara tersebut bagi memastikan ianya disahkan bersih dan halal.
Katanya, cara penyembelihan mengikut hukum syarak, kebersihan di loji memproses serta pengangkutan menjadi syarat utama kerajaan dalam mengimport ayam
“Bukan setakat sembelihan itu kena ikut agama kena ikut Islam bukan kerana sijil itu, apa kilang itu bersih untuk mendapat sijil halal tetapi dari segi pengangkutan pun kena halal, makna sampai tahap pengangkutan pun mesti diisytiharkan halal oleh JAKIM bermakna tidak ada barang-barang lain bertukar tukar dengan barang halal di dalam pengangkutan,” katanya.
B
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Beliau berkata demikian kepada ketika berucap pada Mesyuarat Agung perwakilan tahunan koperasi pekebun kecil daerah Bera Berhad kali ke-6 di Pahang
Pada majlis itu SKM memperuntukkan sebanyak RM300,000 kepada Koperasi Pekebun kecil Daerah Bera Berhad. – SAHIH