Watak Sejarah Pingu
Watak Sejarah Pingu
Pingu, watak penguin yang paling terkenal dalam kalangan masyarakat tak kira la yang kanak kanak hingga la yang dewasa pun ada yang masih lagi meminati cerita Pingu ni.
Pingu bermula apabila seorang warga Jerman yang bernama Otmar Gutmann yang juga seorang pengarah dan juruanimasi membuat ‘stop motion’ dari tanah liat. Pembikinan cerita Pingu ni bermula sekitar tahun 1980an, tayangan Pingu ini bermula pada 28 May 1986 hingga 3 March 2007
Dia mencipta karakter Pingu ini yang diterbitkan sebanyak 156 episod selama 6 siri. Badut Itali yang terkenal iaitu Carlo Bonomi menggunakan suaranya selama 4 siri yang pertama.
Dia menggunakan bahasa yang dituturkan melalui bunyi yang dikenali sebagai Grammelot dan dari situ Pingu menggunakan teknik yang sama untuk membuat bahasa mereka sendiri yang dikenali sebagai Penguinese.
Cerita Pingu ini menggunakan teknik stop motion, satu teknik yang menggerakkan satu pergerakan dan gambar akan diambil kemudiannya disunting menjadi satu cerita. Mereka akan berulang kali untuk membuat gerakan tersebut supaya hasilnya kelihatan lancar.
Bahasa Penguinese ni mengeluarkan bunyi yang tersendiri seperti Noot Noot yang cukup sinonim dengan Pingu itu sendiri. Pingu yang berkisarkan sebuah keluarga pinguin di Antartika hidup dan bekerja di benua ais tersebut.
Watak Pingu merupakan watak utama dalam cerita tersebut dan watak sampingan seperti Pinga yang juga adik kepada Pingu serta rakan baiknya Robby yang merupakan seekor anjing laut.- SAHIH