WARTAWAN VETERAN ABANG DIN MENINGGAL DUNIA
WARTAWAN VETERAN ABANG DIN MENINGGAL DUNIA
TEMERLOH: Bekas wartawan veteran, Harun @ Sharifuddin Mohamed dan lebih dikenali dengan Abang Din meninggal dunia pada usia 70 tahun di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh, pada jam 10.53 pagi tadi.
Anaknya, Nurhazwani Nadia Harun berkata, Allahyarham bapanya mendapatkan rawatan di HOSHAS sebanyak dua kali, kali pertama pada 15 Mac lalu dan dibenarkan pulang ke rumah pada 17 Mac.
“Pada kali kedua, Allahyarham telah dihantar semula ke HOSHAS pada 24 Mac lalu dan menghembuskan nafas terakhir di WAD ICU pada 10.53 pagi tadi.
“Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuala Kerdau selepas solat Asar,” katanya.
Allahyarham meninggalkan dua orang anak dan seorang isteri, Normala Hamzah, 62 tahun serta dua orang cucu.
Allahyarham semasa hayatnya telah menyumbang bakti melalui penulisan kewartawanan kira-kira 50 tahun dan pernah menulis untuk Berita Harian dan penyiaran NTV7 sebelum berkhidmat untuk Bernama.