Warga Pelangai terima Pahang Pride Kids
Warga Pelangai terima Pahang Pride Kids
BENTONG – Penduduk di sekitar Chemomoi dalam kawasan DUN Pelangai diraikan pada Program Penyerahan Pahang Pride Kids, baru-baru ini.
Penyerahan dilakukan ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam di Rumah UMNO FELDA Chemomoi, dekat sini.
“Saya ke Rumah UMNO FELDA Chemomoi bagi menyempurnakan penyerahan Pahang Pride Kids DUN Pelangai daripada Kerajaan Negeri Pahang.
“Seperti selalu diungkapkan YAB Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Kerajaan Negeri Pahang sentiasa komited membantu rakyat di negeri ini dari segenap lapisan umur, dari bayi baru lahir sehingga warga emas,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.
Amizar selaku Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang memaklumkan program Pahang Pride Kids adalah antara peranan dan fungsi terbesar kerajaan negeri dalam memastikan kemakmuran negeri dan rakyat. – SAHIH