WARGA INDIA PERNAH MASUK MALAYSIA ANTARA KES TERBARU
WARGA INDIA PERNAH MASUK MALAYSIA ANTARA KES TERBARU
SINGAPURA: Seorang warga negara India berusia 32 tahun yang pernah memasuki Malaysia adalah di antara 13 kes import baharu COVID-19 di republik itu.
Menurut data Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) malam tadi, lelaki itu adalah pemegang pas lawatan jangka pendek dan adalah pekerja kapal laut.
Dilabelkan sebagai Kes 62944, lelaki tidak bergejala itu tiba dengan kapal dari Malaysia dan diuji untuk COVID-19.
Beliau tidak turun kecuali untuk menjalani ujian COVID-19 dan dihantar ke rumah sakit apabila keputusan ujian adalah positif.
GAMBAR HIASAN
Sementara itu, seorang lelaki warga Malaysia berusia 27 tahun adalah antara tujuh kes baharu jangkitan COVID-19 melalui penularan tempatan yang dilaporkan semalam.
Dilabelkan sebagai Kes 62938, pemegang permit kerja itu bekerja sebagai pencuci kereta di BlackNano Pte Ltd, Bukit Batok Crescent.
“Pesakit ini biasanya tidak berinteraksi dengan pelanggan,” kata MOH, sambil menambah bahawa beliau mempunyai hubungan keluarga dengan empat kes lain yang dilaporkan.
Hasil ujian lelaki yang tidak bergejala itu kembali positif pada 7 Mei lalu dan keputusan ujian serologi adalah negatif.
Lelaki yang sama dikaitkan dengan kelompok Kes 61822, ialah seorang lelaki India lelaki berusia 23 tahun yang disahkan positif COVID-19 pada 10 April, lapor Agensi.
Sehingga tengah hari semalam, Singapura merekodkan 20 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 61,331.
Setakat ini, terdapat 10 kluster COVID-19 di republik itu.