Warga emas wanita 90 tahun ditemui mati tergantung pada kipas syiling
Warga emas wanita 90 tahun ditemui mati tergantung pada kipas syiling
Foto atas : Gambar hiasan.
LIPIS – Pasangan suami isteri terkejut apabila mendapati ibunya seorang warga emas wanita berusia 90 tahun mati dalam keadaan tergantung pada kipas di ruang dapur rumahnya di Taman Desa Perwira, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, ketika pengadu iaitu menantunya telah pulang ke rumah bersama suaminya di Taman Desa Perwira dan mendapati ibu mentuanya,Thong Ah Su @ Ah Soo tiada di ruang tamu.
“Menantunya memaklumkan selalunya ibu mertuanya duduk di ruang tamu tapi kali ini tiada dan terus ke ruang dapur rumah berkenaan dan menemui ibu mentuanya dalam keadaan tergantung pada kipas. Suami pengadu terus menelefon pihak hospital.
” Suami pengadu terus menelefon pihak hospital, pihak hospital yang tiba di rumah berkenaan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Azli, warga emas itu dipercayai telah menggantungkan diri menggunakan tali dan kain tuala yang disangkut pada kipas syiling bahagian dapur.
“Kejadian tersebut berlaku antara jam 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari dan hasil pemeriksaan polis di lokasi didapati tiada ada unsur jenayah dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Lipis untuk dibedah siasat selepas kejadian,” katanya.-SAHIH.