WARGA EMAS TERHARU TERIMA BANTUAN SEHINGGA MEMELUK TUNGGUL
WARGA EMAS TERHARU TERIMA BANTUAN SEHINGGA MEMELUK TUNGGUL
LIPIS : Seorang wanita warga emas terharu ketika menerima bantuan bakul makanan daripada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Daerah Lipis, semalam.
Wanita itu, Saripah Li berusia 76 tahun yang tinggal berseorangan di Kampung Tanjung buluh, Kerambit, terkejut ketika dikunjungi anggota polis dan Rela.
Pengerusi Jawatankuasa Kemakmuran dan Kesejahteraaan Kampung (JKKK) Kampung Tanjung Buluh dekat sini, Mohamad Najid Abu (46) berkata, ketika anggota polis hadir untuk menghantar bantuan makanan dia sangat terkejut.
“Dia tidak tentu arah dan ketika dimaklumkan yang anggota PDRM hadir untuk menghantar bantuan, dia terus terharu dan terduduk memeluk tunggul pokok berdekatan.
“Wanita itu terharu dengan bantuan itu yang sangat bermakna kepadanya kerana sekurang-kurangnya ada insan yang cakna kepadanya, dia berterima kasih kepada anggota PDRM dan Rela yang sudi hadir ke rumahnya,” katanya.
Mohamad Najib berkata, bantuan seperti itu memang dihantar kepada wanita itu oleh pihak JKKK kampung itu.
“Memang warga emas ini ada dalam senarai bantuan, kami tidak melupakannya kerana dia tinggal berseorangan,”katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, beliau mengetuai OP Bantu iaitu penyerahan bakul makanan kepada mereka yang terkesan dengan wabak Covid-19 di peringkat daerah Lipis.
Program ini turut disertai oleh pegawai kanan, AMANITA dan turut hadir Penolong Pegawai RELA Daerah Lipis, PgR Mohd Fairus Hizrian Yunus serta anggota daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
“Pada hari pertama pemberian bakul makanan ini lebih mensasarkan kepada bekas-bekas polis yang pernah bertugas di zaman darurat seperti Home Guard dan juga Anggota Polis Bantuan (AP).
“Selain itu juga pemberian bakul makanan juga diberikan kepada golongan yang memerlukan,” katanya.-SAHIH.