WARGA EMAS SELAMAT, RUMAH TERBAKAR
WARGA EMAS SELAMAT, RUMAH TERBAKAR
KUCHING: Seorang wanita warga emas sempat keluar menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan kediamannya di Taman Desa Wira, Batu Kawa di sini hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa Jelani Sat, 63, berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.
Jelasnya, bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 11 pagi sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dan Padungan ke lokasi.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal berkeluasan 800 kaki persegi telah musnah 100 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, kebakaran itu juga mengakibatkan sebuah kereta yang diletakkan di pekarangan rumah terbabit musnah 80 peratus.
Menurutnya lagi, bomba bertindak membentang satu aliran 100 kaki dan dua salur bantu mula sumber air dari jentera, lapor Sarawak Post.
Katanya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.47 pagi selepas api berjaya dikawal pada jam 11.28 pagi.