Warga emas maut, kereta bertembung bas ekspres

LIPIS -Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 95, Jalan Lipis–Merapoh berhampiran Kampung Merapoh, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, mangsa, Safein Ab Rahman, 66, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man, berkata kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres yang membawa 15 penumpang dan sebuah kereta Perodua Kancil.
Menurutnya, siasatan awal mendapati bas ekspres dipandu lelaki tempatan berusia 30 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan menuju ke Klang, Selangor.
“Kereta Perodua Kancil dipandu mangsa bersama anaknya pula dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lipis menuju ke rumah mereka di Kampung Mentara Lama, Gua Musang, Kelantan selepas selesai menjalani pemeriksaan kesihatan.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai keluar secara tiba-tiba dari simpang di sebelah kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pemandu bas ekspres berkenaan cuba membrek serta mengelak ke bahagian kanan jalan namun tidak sempat lalu melanggar kereta berkenaan.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya yang turut berada dalam kenderaan mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut.
“Pemandu serta semua penumpang bas ekspres tidak mengalami sebarang kecederaan, Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sehubungan itu, polis meminta mana-mana individu yang menyaksikan kejadian supaya tampil membantu siasatan.-SAHIH.Warga emas maut, kereta bertembung bas ekspres
LIPIS -Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 95, Jalan Lipis–Merapoh berhampiran Kampung Merapoh, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, mangsa, Safein Ab Rahman, 66, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man, berkata kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres yang membawa 15 penumpang dan sebuah kereta Perodua Kancil.
Menurutnya, siasatan awal mendapati bas ekspres dipandu lelaki tempatan berusia 30 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan menuju ke Klang, Selangor.
“Kereta Perodua Kancil dipandu mangsa bersama anaknya pula dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lipis menuju ke rumah mereka di Kampung Mentara Lama, Gua Musang, Kelantan selepas selesai menjalani pemeriksaan kesihatan.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai keluar secara tiba-tiba dari simpang di sebelah kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pemandu bas ekspres berkenaan cuba membrek serta mengelak ke bahagian kanan jalan namun tidak sempat lalu melanggar kereta berkenaan.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya yang turut berada dalam kenderaan mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut.
“Pemandu serta semua penumpang bas ekspres tidak mengalami sebarang kecederaan, Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sehubungan itu, polis meminta mana-mana individu yang menyaksikan kejadian supaya tampil membantu siasatan.-SAHIH.