WARGA EMAS MAUT, KEMALANGAN KERETA DENGAN TRELER MUATAN SAWIT
WARGA EMAS MAUT, KEMALANGAN KERETA DENGAN TRELER MUATAN SAWIT
PARIT, 15 Ogos – Seorang lelaki warga emas maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan treler di Jalan Kampung Sungai Kerang dekat sini, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak memaklumkan pasukan kesihatan mengesahkan pemandu kereta Kia Spectra yang berusia lingkungan 66 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya dalam kejadian berkenaan pemandu treler yang membawa muatan sawit selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“JBPM Perak menerima panggilkan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 12.15 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan membabitkan Kia Spectra dan sebuah treler dengan yang membawa muatan sawit.
“Pasukan bomba kemudiannya melakukan kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta berkenaan.
“Selepas penilaian risiko dibuat, mangsa berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan menyelamat khas. Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad, lapor KOSMO online
Identiti mangsa masih belum dikenalpasti semetara punca kejadian masih dalam siasatan.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Salleh Mamat itu tamat pada jam 1.30 tengah hari.