Warga emas dikhuatiri lemas di Laman Pesona, Raub
Warga emas dikhuatiri lemas di Laman Pesona, Raub
Foto atas : Anggota BBP Raub menjalankan operasi SAR di sepanjang sungai di Laman Pesona, Cheroh, Raub, hari ini
RAUB – Seorang warga emas, Por Kong Ming berusia 79 tahun dikhuatiri tergelincir dari tebing ke dalam sungai di Laman Pesona, Cheroh, Raub pada jam 6.00 petang, pada Selasa.
Kejadian itu disedari oleh anak saudaranya yang pergi ke rumah mangsa untuk menghantar makanan dan didapati mangsa tiada di rumah kira-kira jam 6.00 petang 21 Disember.
Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub, Penolong Kanan Penguasa Bomba Khairul Anuar Yaacob memaklumkan, mangsa kelihatan minum di sebuah kedai kopi pada hari itu, mangsa dikatakan telah pergi ke tebing sungai kerana kawasan Cheroh terputus bekalan air pada kira-kira jam 7.00 petang .
“Saksi awam telah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis dan berdasarkan maklumat tersebut, pihak polis telah menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat BBP) Raub.
“Pihak kami bergegas ke lokasi kejadian pemeriksaan dibuat mendapati ada kesan tergelincir di tebing sungai, terdapat juga selipar serta gayung milik mangsa di lokasi kejadian,” katanya.
Katanya, seramai 8 anggota BBP dan 5 anggota polis dengan melakukan pencarian dengan menggunakan bot di sepanjang sungai secara surface searching menjangkau sejauh kira-kira 3 kilometer dari lokasi kejadian.
“Jarak antara lokasi kejadian dengan rumah mangsa sejauh kira-kira 50 meter, misi pencarian dan penyelamat (SAR) masih dijalankan dan akan bersambung esuk,” katanya.-SAHIH.