WARGA ASING DIDAKWA SOLAT SUNAT AIDILADHA BERAMAI-RAMAI
WARGA ASING DIDAKWA SOLAT SUNAT AIDILADHA BERAMAI-RAMAI
SEBERANG PERAI: Ratusan individu dipercayai warga asing didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan mengadakan solat sunat Aidil Adha di kawasan lapang di Taman Pelangi, Juru di sini hari ini.
Dakwaan itu dibuat orang awam yang membuat rakaman video acara itu sebelum memuat naik ke laman sosial Facebook.
Rakaman dari sebuah kerera itu memaparkan sekumpulan lelaki yang dianggarkan mencecah ratusan orang sedang menunaikan solat di kawasan tempat letak kereta sehingga ke tepi jalan raya.
Menurut pemilik akaun Facebook tersebut, kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.
Mereka dipercayai melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh yang sedang dilaksanakan, lapor KOSMO online
Menurut Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, solat sunat Aidiladha hanya dibenar dilakukan di masjid negeri dan daerah dengan kapasiti 150 orang, masjid kariah (100) serta surau (50).