Wanita perlekeh OKU minta maaf
Wanita perlekeh OKU minta maaf
PETALING JAYA – Wanita yang semalam tular kerana mempersendakan golongan orang kurang upaya (OKU) tampil memohon maaf malam tadi.
Permohonan maaf itu dibuat melalui satu hantaran di Instagram dipercayai milik salah seorang daripada wanita tersebut.
Dalam hantaran itu katanya, dia memohon maaf atas tersebarnya video berkenaan dan menegaskan mereka tidak berniat untuk menghina mana-mana pihak.
“Assalamualaikum semua, saya memohon maaf atas khilaf yang video tersebar. Saya memohon maaf kepada semua.
“Lillahitaala tiada niat apa-apa, menghina jauh sekali,” katanya.
Wanita berkenaan turut berjanji akan menjadi lebih baik dan tidak akan mengulangi kesalahan yang sama, lapor kosmo online
“Sesungguhnya di balik kata maaf, ada janji untuk menjadi lebih baik dan tak mengulangi kesalahan yang sama.
“Dengan ini lagi sekali saya memohon maaf kepada semua, yang buruk datang dari saya, yang baik datang dari Allah taala,” ujarnya.
Terdahulu, tular rakaman memaparkan dua orang wanita berlakon menjadi cacat bagi menggunakan tandas OKU di sebuah stesen minyak.
Video berkenaan mendapat kecaman daripada orang ramai yang menyifatkan tindakan tersebut bukan sahaja biadab malah memalukan.