Wanita maut digilis bas kilang
Wanita maut digilis bas kilang
KOTA TINGGI – Seorang pekerja pembersihan m@ut selepas motosikal ditunggang digilis bas kilang dalam kemalangan di Jalan Mangga Taman Kota Jaya, di sini hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.20 pagi itu menyebabkan mangsa, Rosayu Ramli, 38, m@ut di lokasi kejadian akibat cedera parah.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja.
“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika penunggang motosikal berhenti di simpang jalan lalu telah dilanggar oleh sebuah bas kilang yang ketika itu hendak membelok masuk simpang ke kiri jalan.
“Dalam kejadian itu penunggang motosikal telah digilis oleh bas tersebut dan mengalami kecederaan teruk pada kepala serta badan dan meningg@l duni@ di tempat kejadian.
“Manakala pemandu bas berusia 74 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. M@yat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk urusan bedah siasat,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini, lapor kosmo online
Tambahnya, siasatan lanjut masih dilakukan dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.