Wanita mahu rawatan tradisional hilang 48 jam ditemui
Foto : ADUN Lantikan Negeri Pahang, Haris Salleh Hamzah (2 dari kanan) sempat melawat di lokasi kehilangan wanita itu dan turut serta Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kampung Bukit Genting, Ahmad Rusdi Zainal (kanan sekali).
Wanita mahu rawatan tradisional hilang 48 jam ditemui
JERANTUT : Seorang wanita berusia 36 tahun pergi ke Kampung Bukit Genting, dekat sini, bertujuan untuk mendapat rawatan tradisional dilaporkan hilang telah ditemui pada jam kira-kira 3.00 petang semalam.
Wanita yang hilang itu, Norasyikin Mohammed berasal dari Felda Jangka 11 telah pergi ke rumah iparnya di situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan secara tradisional pada Ahad.
Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kampung Bukit Genting, Ahmad Rusdi Zainal berkata, pihaknya menerima makluman berkaitan kehilangan wanita itu dari ahli keluarganya kira- kira jam 12.00 tengah malam hari Ahad.
“Sejurus menerima makluman kehilangan itu, beberapa penduduk setempat telah berusaha melakukan pencarian di sekitar rumah iparnya dan kawasan berdekatan.
“Kehilangan itu telah disedari oleh keluarganya kira-kira jam 12.00 tengah malam hari Ahad dan dipercayai wanita itu mengalami kemurungan telah keluar ikut pintu belakang rumah iparnya,” katanya.
Katanya, berkemungkinan wanita itu yang keluar waktu malam yang gelap telah kehilangan arah dan tersesat untuk balik ke rumah.
“Wanita itu ditemui di sebuah rumah penduduk di sini yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah iparnya pada jam 3.00 petang semalam kerana mahu meminta izin untuk membersihkan dirinya.
“Keluarganya telah membuat laporan polis kira-kira jam 2.00 petang hari Isnin, pihak polis,” kata. -SAHIH.