WANITA ITU MENGALAMI GANGGUAN MENTAL
WANITA ITU MENGALAMI GANGGUAN MENTAL
Kluang: Wanita yang tular di media sosial kerana membuang sampah di lampu isyarat di Kilometer 50, Jalan Batu Pahat – Mersing, disahkan mengalami gangguan mental.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, wanita berusia 41 tahun itu kini ditahan dan dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) untuk rawatan lanjut.
“Polis menyedari gambar tular di Facebook mengenai kejadian membuang sampah di lampu isyarat.
“Wanita itu juga membuat halangan lalu-lintas di Kilometer 50, Jalan Batu Pahat – Mersing dan perbuatannya membuang sampah dirakam pengguna jalan raya dan menjadi tular.
“Siasatan lanjut mengesahkan individu itu mengalami gangguan mental dan semakan mendapati dia mempunyai lesen memandu yang sah,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor HM online.
Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang aduan dan maklumat yang ingin disalurkan kepada polis boleh menghubungi talian 07-7784222 atau hotline 07-7766822.
Disiarkan pada: April 10, 2021 @ 12:02pm
Mohamad Fahd Rahmat
am@hmetro.com.my
Video/gambar: Media sosial
Tular beberapa rakaman video dan gambar seorang wanita keluar dari kenderaannya dan membuat sesuatu yang menarik perhatian pengguna jalan raya di Daerah Kluang, hari ini.
Walau bagaimanapun, punca wanita tersebut bertindak sedemikian tidak diketahui.
Pelaku disyaki “Kurang Sihat”.