WANITA GANTUNG DIRI GUNA SELUAR TIDUR
WANITA GANTUNG DIRI GUNA SELUAR TIDUR
BENTONG – Seorang wanita warganegara asing mati dalam keadaan tergantung dengan menggunakan seluar tidur di dalam bilik air sebuah bilik hotel di Genting Highlands pada awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa berusia 32 tahun dipercayai dalam keadaan tertekan akibat masalah peribadi dan telah menginap di hotel itu sejak awal tahun ini.
Katanya, pada hari kejadian, mangsa yang sedang berbual bersama rakan-rakannya tiba-tiba bergegas masuk ke bilik air dan mengunci pintu dari dalam.
“Perbuatannya itu menjadi kecurigaan kepada rakannya, mereka bertindak untuk membuka pintu bilik air sambil memanggilnya keluar tetapi tidak berjaya.
“Rakannya memaklumkan kejadian itu kepada pihak pengurusan hotel sebelum melaporkan kepada polis,” katanya melalui satu kenyataan media, hari ini.
Katanya, anggota polis yang tiba di lokasi menemui mayat mangsa dalam keadaan tergantung, pemeriksaan awal pada mayat mangsa, didapati wanita itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk proses bedah siasat, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong melalui talian 09-2222222 untuk membantu siasatan,” katanya.-SAHIH.