WANITA DITINGGAL SUAMI, KELUARGA SELEPAS LAHIRKAN ANAK SYAITAN
WANITA DITINGGAL SUAMI, KELUARGA SELEPAS LAHIRKAN ANAK SYAITAN
KIGALI: Seorang wanita dan anaknya berdepan dengan kesukaran gara-gara ditinggalkan oleh suami serta keluarganya selepas mereka mendakwa dia melahirkan anak ‘syaitan’.
Bajeneza Liberata dari Rwanda menceritakan dia ditinggalkan oleh suami serta keluarganya beberapa hari selepas dia melahirkan anaknya.
Jelas wanita itu, anak-anaknya yang lain tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, namun anak bongsunya dilahirkan dengan keadaan fizikal yang berbeza.
“Selepas suami melihat anak kami yang dilahirkan dengan keadaan berbeza, dia terus menganggapnya sebagai anak syaitan dan meninggalkan saya bersendirian.
“Saya juga tidak tahu masalah yang dihadapi anak saya ini, kerana kami tiada duit untuk mendapatkan khidmat perubatan,” ujarnya.
Selain itu, Liberata memaklumkan dia juga dipinggirkan oleh penduduk kampung yang menggelar anaknya sebagai makhluk asing kerana bentuk kepalanya yang berbeza berbanding bayi normal.
Kisah Liberata menjadi tular dalam media sosial dan satu tabungan diwujudkan untuk membantu wanita itu serta anaknya, lapor AFP
Tabung yang digerakkan dibawah platform ‘GoFundme’ itu menjelaskan Liberata dan anaknya memerlukan wang untuk tujuan perubatan dengan kadar segera.
“Liberata perlukan duit untuk membawa anaknya ke luar negara bagi mendapatkan rawatan segera kerana pakar perubatan di Rwanda tidak dapat pastikan keadaan anaknya,” jelas platform tersebut.