DIROGOL, LIWAT & DICEDERAKAN AKIBAT HUTANG
WANITA DIROGOL, LIWAT DAN DICEDERAKAN KERANA HUTANG
JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.
ASISTEN Komisioner Rupeah Abd Wahid
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.
“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa.
“Selepas mangsa dibawa ke rumah dua temannya itu, mangsa dipercayai dirogol, diliwat dan dicederakan seorang suspek lelaki yang juga kawan kepada dua suspek wanita berkenaan.
“Mangsa turut diperas ugut RM2,000 untuk dilepaskan. Bagaimanapun, semua suspek masing-masing berjaya ditahan pada hari kejadian dan keesokannya selepas mangsa membuat laporan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, ketiga-tiga suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, esok.
“Enam pertuduhan akan dikenakan terhadap suspek lelaki dan dua wanita berkenaan membabitkan kesalahan merogol, meliwat, mencederakan, memeras ugut, membuat laporan palsu dan gagal menunjukkan pengenalan diri, ” katanya mengikut laporan dipetik dari BH Online.