WAN ROSDY DIANUGERAHKAN BRIGEDIER JENERAL
WAN ROSDY DIANUGERAHKAN BRIGEDIER JENERAL
KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dianugerahkan Brigedier Jeneral (Kehormat) dalam Angkatan Sukarelawan Persekutuan (ASP).
Wan Rosdy menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas penganugerahan pangkat tersebut.
“Bersyukur dan menjunjung kasih kepada YDPA dengan anugerah tersebut yang memberi semangat untuk terus menabur bakti kepada negeri Pahang dan rakyat negeri ini,” katanya.
Pemakaian pangkat disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di Istana Abdul Aziz pagi ini.
Turut menerima penganugerahan dan pemakaian pangkat Kolonel (Kehormat) ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.