Wakaf Felda melonjakkan ekonomi masyarakat dan negara
Wakaf Felda melonjakkan ekonomi masyarakat dan negara
KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang menyediakan pelan induk wakaf nasional iaitu sebuah pelan holistik untuk memperkasakan pengurusan wakaf di malaysia.
Perdana menteri, datuk seri ismail sabri yaakob , berkata pelan itu selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan wakaf sebagai sebahagian daripada kerangka rancangan malaysia ke-12 (rmk-12).
datuk seri ismail sabri yaakob /perdana menteri
Fokus kelima dan keenam rmk-12 menggariskan peranan kritikal yang perlu dimainkan oleh institusi wakaf dalam membantu keluarga malaysia keluar daripada kepompong kemiskinan.
Ia selaras dengan usaha untuk mempelbagaikan sumber kewangan bagi membiayai perniagaan dan meningkatkan
Ekuiti bumiputera,
Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan pelancaran wakaf felda pada jumaat.
Ismail sabri berkata, kerajaan akan terus
Mengangkat wakaf sebagai agenda nasional kerana keupayaan konsep itu yang mampu melonjakkan ekonomi masyarakat dan negara .
Malah katanya, menerusi bajet 2022, kerajaan memperuntukkan dana
Permulaan sebanyak rm10 juta bagi memulakan inisiatif wakaf halal perusahaan kecil dan sederhana (pks),
Wakaf pertanian dan wakaf bencana .
Dalam pada itu , beliau berkata wakaf felda akan di senarai kan dalam inisiatif dana wakaf yang di peruntukan kerajaan menerusi bajet 2022.
Sementara itu bagi Razak Daud ketua peneroka felda jengka 24 menyifatkan dengan ada dana wakaf felda boleh merancakkan pertumbuhan enokomi negara dan dalam masa yang sama dapat membantu kepada kumpulan sasar.
Razak Daud - Ketua Peneroka Jengka 24
Selaras dengan objektif penubuhan wakaf felda dan kami warga felda akan menyokong penuh terhadap usaha yg murni ini.
Kita akan cuba nembantu supaya semua peneroka felda wilayah jengka dan peneroka seluruh malaysia untuk berwakaf bagi mendapat keberkatan yg berganda daripada Allah,katanya – SAHIH