Video kenderaan timbalan menteri langgar peraturan jalan raya tular di media sosial
Video kenderaan timbalan menteri langgar peraturan jalan raya tular di media sosial
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan mengesahkan menerima laporan berhubung video tular yang menunjukkan kenderaan timbalan menteri melanggar peraturan jalan raya.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Kelantan, Supt Suhaimi Jusoh berkata, laporan berkenaan diterima susulan penularan video berdurasi 38 saat di laman Facebook ‘Ana Tahu’.
“Melalui rakaman video tersebut terdapat sebuah kenderaan motokar jenis Toyota Alphard warna hitam dengan nombor pendaftaran P45 telah memotong kenderaan di hadapannya di garisan berkembar secara merbahaya di mana terdapat kenderaan lain di atas jalan tersebut yang datang dari arah bertentangan di Jalan Bukit Marak – Binjai berdekatan jambatan sebelum lampu isyarat Chabang 3 Gong Dermin,” memetik kenyataan tersebut, lapor kosmo online
Video Tular | Kenderaan Timbalan Menteri langgar peraturan
Beliau turut memaklumkan, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.