UNIT KHAS ELIT BAKAL SEDIA GEMPUR PENEROKAAN TANAH HARAM DI PAHANG
UNIT KHAS ELIT BAKAL SEDIA GEMPUR PENEROKAAN TANAH HARAM DI PAHANG
KUANTAN: Pasukan Khas Elit Penguatkuasa Negeri Pahang di bawah Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) sedia berperanan untuk memastikan tiada aktiviti penguatkuasaan ke atas kawasan penerokaan tanah haram di negeri ini.
Unit ini dapat dilaksanakan secara lebih berkesan, sehingga mencapai tahap sifar penerokaan haram dan diletakkan di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, skop tugas utama pasukan ini ialah dalam memastikan aktiviti penerokaan tanah haram dapat dikawal dan dibenteras secepat mungkin.
“Penubuhan pasukan ini jelas membuktikan bahawa Kerajaan Negeri amat serius dan komited dalam kerja-kerja memerangi gejala penerokaan tanah secara haram.
“Tahniah kepada kesemua peserta kursus yang berjaya menamatkan kursus selama sebulan bagi melaksanakan tugas secara berkesan sebagai anggota Pasukan Elit Penguatkuasa Negeri Pahang,” katanya di Majlis Penutup Kursus Pasukan Elit Penguatkuasa Negeri Pahang pada petang semalam.-SAHIH.