UNIQLO BUKA GEDUNG MEGA
UNIQLO BUKA GEDUNG MEGA DI MALAYSIA
KUALA LUMPUR: Peruncit fesyen Jepun, Uniqlo akan membuka gedung mega baharu di Malaysia, di sebalik pandemik COVID-19 dan kelembapan ekonomi global.
Syarikat itu dalam kenyataannya berkata, gedung baharu itu bukan terletak di pusat beli belah seperti kebiasaannya, tetapi di kawasan komuniti yang dikelilingi kediaman, sekolah dan bangunan pejabat.
Dijadualkan dibuka bulan depan, gedung baharu itu terletak di Damansara Avenue.
Ia antara lain mengandungi ruang beli belah yang direka bentuk untuk menempatkan keperluan asas masyarakat sekeliling.
Ketua Pegawai Eksekutif Uniqlo Malaysia dan Singapura, Yuki Yamada, berkata pembukaan gedung baharu itu bertembung dengan ulang tahun ke-10 syarikat itu di Malaysia bulan ini.
“Selama beberapa tahun ini, kami telah membina kehadiran kukuh di sini dengan satu gedung dalam talian dan 51 gedung fizikal di pusat belah yang terletak di bandar utama 12 negeri,” katanya.
Beliau menambah, gedung baharu itu menandakan pengembangan berterusan syarikat itu di pasaran negara ini dan berharap ia akan melengkapi rangkaian sedia ada cawangannya di pusat beli belah.