UNDI AWAL BERJALAN DENGAN LANCAR DISETIAP TEMPAT
Undi awal berjalan dengan lancar di setiap tempat
MELAKA: Sejumlah 10, 390 atau 89.90 peratus petugas barisan hadapan terdiri daripada polis dan tentera yang mengundi awal hari ini, sudah keluar menjalankan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Melaka.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, jumlah itu direkodkan setakat jam 9 pagi tadi , iaitu selepas proses mengundi awal dibuka di seluruh negeri Melaka pada jam 8 pagi.
Dalam proses mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka yang membabitkan 739 anggota polis dan pasangan , berjalan lancar.
Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, turut turun memantau proses pengundian awal di IPK Melaka jam 9.35 pagi, diiringi pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sementara itu anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan menjaga jarak ketika menunggu giliran mengundi di Sekolah Kebangsaan Kem Terendak Dua.
Seramai 11,557 pengundi awal menunaikan tanggungjawab masing-masing di 31 Pusat Pengundian Awal (PPA) membabitkan 28 Dewan Undangan Negeri (DUN).
-SAHIH