UMNO Raub buat laporan polis terhadap Tony Pua mesej orang Melayu bangkit pertahankan Raja
UMNO Raub buat laporan polis terhadap Tony Pua mesej orang Melayu bangkit pertahankan Raja
RAUB: Meskipun Tony Pua telah disiasat mengikut Akta Hasutan 1948, namun UMNO Bahagian Raub terus membuat laporan polis berikutan kebiadapan bekas Setiausaha Publisiti DAP berhubung kenyataannya yang menghina Yang di-Pertuan Agong.
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Raub, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, orang Melayu bagaikan terhiris hatinya apabila Tony Pua dengan sengaja mempertikaikan kuasa Agong dalam memberi pengampunan Diraja terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, ekoran kenyataan biadap itu, UMNO Raub menyatakan pendirian tegas membuat laporan polis terhadap Tony Pua di Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Raub, hari ini.
“ Saya bersama-sama Setiausaha UMNO Bahagian Raub, Datuk Tengku Abd.Rahman Tengku Perang Jawatankuasa Bahagian, wakil Wanita, Pemuda dan Puteri menyatakan pendirian membidas salah laku biadap Tony Pua.
DATUK ABDULLAH ABU BAKAR….
Tony Pua cuba mempersoalkan kuasa mutlak kepada Yang di- Pertuan Agong memberi keampunan kepada pesalah yang menjalani hukuman oleh mahkamah di negara in
i.
Abdullah menyifatkan tindakan bekas Ahli Parlimen DAP itu mempersoalkan keputusan Lembaga Pengampunan sebagai biadap dan kurang cermat yang mencetuskan suasana yang tidak selesa dengan pihak istana..
Beliau turut menyokong kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Naib Presiden UMNO yang membidas tindakan Tony Pua itu.
Merujuk kenyataan itu, Wan Rosdy menyifatkan Tony Pua seperti sengaja mencari jalan untuk mendapat publisiti murahan setelah nama semakin dilupakan oleh ahli DAP sendiri.
UMNO Raub sependapat dengan Naib Presiden UMNO itu yang menolak gangguan
seorang dua pemimpin yang bercakap dalam perkara sensitif yang boleh menggugat keharmonian dalam Kerajaan Perpaduan.
“ Tony Pua telah terperangkap dalam jerat yang dipasang sendiri kerana telah melanggar Akta Hasutan 1948 berhubung mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong.
“ Sepatutnya semua pihak menghormati keputusan itu dan melihat ke depan untuk mencari jalan menuntut supaya keadilan diberikan kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya-SAHIH