UMNO PERLU TUTUP MULUT TEMPAYAN
UMNO PERLU TUTUP MULUT TEMPAYAN: ZAHID HARUS BERTINDAK UNTUK ELAK KEKELIRUAN
KUALA LUMPUR: Bagi mengelakkan kekeliruan rakyat terhadap pendirian parti dalam soal kerjasama bersama parti lain, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata dia harus menutup mulut tempayan dalam kalangan pemimpin parti.
Katanya, dia tidak boleh menafikan bahawa pendapat yang berbeza-beza itu sememangnya wujud kerana tafsiran dan pendapat politik yang berbeza, dan perbezaan itu dapat diterjemah di dunia maya.
PRESIDEN UMNO, DR AHMAD ZAHID HAMIDI
Namun, katanya, pendirian rasmi parti ialah yang dikeluarkan olehnya sendiri selaku presiden, dan juga setiausaha agung UMNO, Ahmad Maslan.
“Tetapi di kalangan pemimpin yang menggunakan pendapat peribadinya seolah-olah pendapat parti, dan secara yang terbaik, saya hendaklah menutup mulut tempayan ini,” katanya dalam wawancara bersama Malaysia Gazzete yang disiarkan semalam.
“Kita mesti bersetuju untuk bersetuju, dan bersetuju untuk tidak bersetuju dalam membuat keputusan.
“Dalam hal itu, keputusan yang dibuat sama ada kenyataan itu datang daripada presiden atau setiausaha agung, itu ialah kenyataan rasmi.
“Tetapi di kalangan pemimpin yang menggunakan pendapat peribadinya seolah-olah pendapat parti, dan secara yang terbaik, saya hendaklah menutup mulut tempayan ini,” katanya dalam wawancara bersama Malaysia Gazzete yang disiarkan semalam.
Dia menjawab soalan berkenaan kekeliruan yang timbul di kalangan rakyat berhubung kerjasama UMNO dengan parti lain, akibat kenyataaan-kenyataan berbeza daripada pucuk pimpinan parti akhir-akhir ini.