UMNO Perlu Keluar Dari Kerangka Pemikiran Sempit
UMNO Perlu Keluar Dari Kerangka Pemikiran Sempit
JERANTUT – Ahli UMNO perlu keluar dari kerangka pemikiran sempit dan perlu bersedia menerima pembaharuan.
Calon ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah berkata, agenda pembaharuan tidak akan mencapai matlamat selagi ahli berada dalam kepompong sendiri.
“Sebab itulah saya menawarkan diri untuk bertanding sebagai ketua UMNO Bahagian.
“Saya melihat kepada keperluan untuk membawa pembaharuan dalam parti dan menjadikan UMNO lebih terbuka,” katanya.
Beliau yang juga bendahari UMNO Bahagian Jerantut menganggap perubahan dan tawaran diberikan kepada ahli UMNO Jerantut sebagai permulaan untuk membawa perubahan di kawasan berkenaan.
“Struktur dalam organisasi UMNO perlukan wajah baharu dan ia boleh menjadi pencetus kepada kebangkitan semula UMNO di Jerantut,” katanya.-SAHIH
tamat