UMNO JERANTUT HULUR BANTUAN
UMNO JERANTUT HULUR BANTUAN
JERANTUT : Program Ziarah Kasih peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar menyantuni dan menghulurkan bantuan kepada sepuluh keluarga di FELDA Jengka 24, dekat sini, hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah berkata, selain ziarah dan bantuan, Wanita UMNO Bahagian Jerantut turut mengadakan Perjumpaan Jalinan Rakyat Wanita UMNO bersama ahli UMNO Cawangan FELDA Jengka 24.
Turut Hadir, Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Zukarmi Abu Bakar, Ketua Wanitanya, Datuk Siti Hajar Mubin serta kepimpinan setempat.
“Alhamdulillah, 29 cawangan UMNO dalam DUN Pulau Tawar selesai dalam program ini, berterima kasih kepada semua yang memberi kerjasama.
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Razak Daud berkata, ziarah seperti yang diadakan itu mencerminkan prihatinnya kepimpinan bahagian UMNO menghulurkan bantuan terutama yang terkesan dengan banjir baru-baru ini.
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Razak Daud
“Bukan nilai bantuan yang diterima tetapi caknanya kepimpinan yang lebih berharga di samping membawa suara penduduk yang terkesan,” katanya- : Sahih