UMNO JERANTUT bantu calon UMNO Terengganu menang PRN 12 Ogos
UMNO JERANTUT bantu calon UMNO Terengganu menang PRN 12 Ogos
JERANTUT: UMNO Bahagian Jerantut menjadi barisan penggempur jentera kempen Barisan Nasional ( BN) Terengganu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut Razak Daud berkata, seramai 20 orang membabitkan Wanita, Puteri dan Pemuda UMNO telah diberi tanggungjawab membantu jentera kempen di tiga Kawasan yang berpotensi menang.
Menurutnya, tiga Kawasan itu ialah Dewan Undangan Negeri ( DUN) Telemong dengan calon BN Datuk Rozi Mamat, DUN Ajil ( Datuk Seri Jailani Johari dan DUN Kuala Berang menampilkan calon Cikgu Jalaludin Ismail.
“ Ketua UMNO Bahagian Jerantut diketuai Haris Salleh Hamzah akan menjalankan kempen mesra rakyat dengan menampilkan rekod cemerlang kerajaan Barisan Nasional memerintah negara dan negeri.
Rakyat ( pengundi ) sudah bijak memilih dan membuat penilaian kerajaan mana yang paling ke hadapan membela rakyat dalam ekonomi, Pendidikan dan sosial,
katanya kepada SAHIH hari ini.
Razak yang juga Pengerusi Badan Masjid Wilayah Jengka yakin pengundi Terengganu khususnya di Telemong, Ajil dan Kuala Berang memilih calon BN yang lebih dipercayai membela nasib rakyat.
Tambah beliau, hulubalang
Jerantut ini sudah berada di Terengganu sejak 28 Julai lagi dan akan berada di bumi Tokku Paloh itu selama 14 hari.
"Lebih eronis bumi Jerantut dan Ulu Terengganu ibarat sirih pulang ke gagang kerana hubungannya sudah bermula sejak abad ke 19 lagi melalui Pahlawan Pahang Tok Gajah, Mat Kilau, Tok Bahaman dan lain-lain,
katanya.
Razak berkata, UMNO Pahang termasuk dari Jerantut akan memberi sokongan dan bantuan padu kepada BN dan UMNO negeri yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Ahmad Said.
Beliau berkata , jentera pilihan raya UMNO Pahang dan BN negeri Terengganu sudah berada pada kesediaan 100 peratus selepas penamaan calon pada 29 Julai lepas.
-ends