UMNO GANTUNG TUN FAISAL
UMNO GANTUNG TUN FAISAL
KUALA LUMPUR : Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz digantung keahliannya dalam UMNO.
Keputusan itu dibuat Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini.
Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, hanya seorang sahaja yang digantung keahliannya dan tiada pemecatan dibuat melibatkan ahli UMNO lain.
“Ya, seorang sahaja,” katanya kepada media di pekarangan Menara Dato’ Onn di sini, malam ini.
Sebelum ini, Utusan Online mendedahkan Bendahari UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipercayai menggerakkan agenda bagi menyekat peluang Tun Faisal menjadi calon bagi kawasan Parlimen Putrajaya.
Menurut sumber, ini selepas Ahli Parlimen Putrajaya itu dikatakan merancang agar Tun Faisal dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti dengan membuat aduan atas kesalahannya mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Sumber itu yang juga Ahli Jawatankuasa Bahagian Putrajaya mendakwa, perancangan dibuat melalui satu pertemuan tertutup dengan sekumpulan kira-kira 50 ahli jawatan kuasa bahagian dan ketua cawangan untuk menyokong tindakan tersebut dengan diminta setiap orang menandatangani surat sokongan-SAHIH.