UiTM Pahang tubuh MASMED perkasa budaya keusahawan
UiTM Pahang tubuh MASMED perkasa budaya keusahawan
Foto atas: Perkhidmatan urut fisiologi disediakan untuk pelajar khusus mengikuti program Sains Sukan
BANDA PUSAT JENGKA- Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) Cawangan Pahang Kampus Khazanah Alam Jengka menubuhkan Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia ( MASMED) bagi perkasakan budaya keusahawanan di kalangan mahasiswa.
Rektornya, Profesor Ts. Dr. Mohd Ilham Adenan berkata, antara fokus MASMED ialah latihan dan aktiviti berkaitan perniagaan dan keusahawanan sekali gus dan selaras dengan adaptasi digital era Revolusi Industri 4.0 .
Katanya, ruang jualan disediakan meliputi kawasan dalam dan luar kediaman yang akan disewakan secara harian atau bulanan kepada anggota Koperasi Siswa ( KOSISWA) , persatuan pelajar, fakulti, pelajar individu dan juga unit ladang bagi aktiviti pasar malam, pasar minggu (Sunday market) dan juga aktiviti keusahawanan yang lain.
“Malah cadangan aktiviti dalam masa terdekat ialah mewujudkan tapak jualan seperti jualan makanan, pakaian dan freelove.
“ Disamping itu satu perkhidmatan amatur pelajar seperti menggunting rambut, urutan tapak kaki, dandanan wajah dan lain-lain turut disediakan kerana selari dengan menjadi keperluan asas kesihatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pelancaran Pusat Latihan dan Inkubator MASMED di Pusat Latihan dan Inkubator MASMED UiTM Cawangan Pahang, baru-baru ini
Pelancaran disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.
Menurutnya, wujudnya Pusat Latihan dan inkubator MASMED ini diharapkan ahli KOSISWA dapat menjalankan aktiviti dengan lebih terancang dan dapat menyusun semua aktiviti sebaiknya bagi menjana kadar pendapatan.
Sementara itu Shahaniza berkata, para mahasiswa haruslah merebut peluang melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran soft skill agar boleh dimanfaatkan selepas tamat belajar.
Menurutnya, keusahawanan merupakan sebahagian daripada lonjakan pertama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu graduan holistik berciri keusahawanan dan seimbang.-SAHIH