TV3 MOHON MAAF
INSIDEN LABEL KAMALA HARRIS ANAK PENDATANG DIKESALI
KUALA LUMPUR: TV3 memohon maaf kerana menyebut naib presiden Kamala Devi Harris sebagai anak pendatang tanpa izin dari India.
Permohonan maaf yang dibacakan seorang seorang pengacara TV itu turut dimuat naik ke Twitter.
“Merujuk kepada laporan Buletin 1.30 semalam, kami ingin memohon maaf atas kekhilafan mengenai naib presiden Amerika Syarikat yang baharu, Kamala Harris,” kata stesen itu.
Sebelum ini, senator MIC, S Vell Paari antara yang tampil mengetengahkan perkara itu.
Katanya, ibu Kamala, Shyamala Gopalan datang dari Chennai, India pada usia 19 tahun untuk belajar di Universiti California sebelum bertemu dan berkahwin dengan ayahnya.
“Ibunya seorang saintis yang terlibat dalam bidang onkologi lanjutan. Semak Wikipedia.
“Saya tak boleh faham suka betul kamu dengan perkataan pendatang.. saya harap ini kesalahan yang tidak disengajakan,” kata Vell Paari.