Tunda penerbangan akibat kapal terbang kecil
Tunda penerbangan akibat kapal terbang kecil
KUALA LUMPUR – Seramai 56 jemaah haji yang dijadualkan berlepas ke Tanah Suci hari ini, terpaksa menunggu esok berikutan perubahan penerbangan.
Seorang jemaah, Razak Daud berkata, pertukaran jadual itu adalah perkara biasa dan pihak Tabung Haji sentiasa menyediakan kemudahan selesa kepada jemaah haji.
“Memang kalau ikut jadual, kami berlepas ke Makkah hari ini, namun ada masalah berkaitan pertukaran kapal terbang digunakan pihak berkenaan.
“Kami dimaklumkan, saiz kapal terbang disediakan untuk hari ini agak kecil sedikit, jadi saya bersama 55 jemaah lain dipindahkan ke penerbangan esok,” katanya.
Razak yang juga ketua peneroka FELDA Jengka 24, dekat Jerantut berkata, semua jemaah yang ditangguh penerbangan hari ini, ditempatkan di Hotel Movenpick, dekat Sepang.
Katanya, mereka dijadualkan berlepas menggunakan penerbangan sewa khas sekitar jam 2 petang esok. – SAHIH