TUMPU PENGELUARAN LATEX
TUMPU PENGELUARAN LATEX: HARGA LEBIH STABIL BERBANDING GETAH BEKU
JERANTUT: Pengerusi Lembaga Getah Makaysia ( LGM) Datuk Ahmad Jazlan Nazlan Idris mengesa pekebun kecil getah beralih kepada pengeluaran latex bagi meningkat pendapatan golongan itu kerana harga latex lebih stabil dan lebih mahal berbanding getah beku.
Katanya, langkah itu sekurangnya dapat mengatasi masalah harga getah beku yang rendah di mana kerajaan terpaksa memperkenalkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi menampung kekurangan harga siling yang ditetap RM2.50 sekilogram.
Beliau berkata, walaupun peningkatan peruntukan (IPG) sekali ganda iaitu RM300 juta tahun depan, tetapi agak sukar menaikkan harga siling daripada RM2.50 sekilogram kepada RM3.00 sekilogram.
Beliau berkata, peruntukkan RM 150 juta tahun ini untuk IPG sebenarnya tidak mencukupi kerana LGM terpaksa membayar kira-kira RM200 juta lebih kepada pekebun kecil tahun ini kerana cara menuntut IPG telah dipermudakan berbanding dahulu.
DATUK AHMAD NAZLAN IDRIS
“LGM tidak menpunyai kuasa untuk menaikkan tuntutan harga IPG itu dan mana-mana pihak yang ingin meminta kenaikan itu perlu disalurkan kepada kerajaan kerana Kabinet yang akan meluluskannya,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerantut berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) yang meminta kerajaan meningkatkan harga IPG daripada RM2.50 sekilogram kepada RM3.00 sekilogram.
GAMBAR HIASAN
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, Presiden PKPKM, Aliasak Ambia semalam, mengesa kerajaan meningkatkan harga tuntutan dari RM2.50 sekilogram kepada RM3.00 sekilogram kerana kerajaan telah meluluskan tambahan IPG daripada RM150
juta pada tahun 2020 kepada RM300 juta pada tahun 2021.
Aliasak berkata, pembayaran IPG bergantung kepada harga semasa di ladang dan harga getah beku pada tahun 2021 dijangka akan terus berada di paras sekitar RM2.50 sekilogram.
Katanya, anggaran pengeluaran getah bagi tahun 2021 dijangka tidak melebihi 600,000 tan dan kerajaan hanya perlu menambah sebanyak RM0.50 bagi setiap kilogram untuk menjadikannya RM3.00 sekilogram dan peruntukan RM300 juta tersebut mampu menampung kenaikan tersebut.
Dalam pada itu, Ahmad Nazlan berkata, pekebun kecil sepatutnya beralih dari pengeluaran getah beku kepada latex kerana harganya lebih stabil sekitar RM5 ke RM6 sekilogram.
“Negara memerlukan 450,000 tan latex setahun dan pada masa ini negara hanya mampu mengeluarkan 10 peratus daripada jumlah itu iaitu hanya 45 tan sahaja untuk industri berasaskan getah.
“Bagi getah beku, industri getah lebih berminat untuk mengimport dari dunia ketiga seperti Ivory Coast kerana harganya lebih murah,” katanya.