Tugu Five Rams, Guangzhou
Tugu Five Rams, Guangzhou
GUANGZHOU – Patung Five Rams terus menjadi ikon utama kota ini sejak dibina pada 1959 di Yuexiu Park.
Tugu berstruktur granit setinggi 11 meter itu melambangkan lagenda lima abadi yang dikatakan turun dari langit dengan menunggang lima ekor kambing sambil membawa benih padi sebagai simbol rezeki dan kesejahteraan kepada penduduk.
Selepas menghadiahkan benih tersebut, para abadi menghilang manakala kambing itu berubah menjadi batu, menjadikan Guangzhou digelar ‘Kota Lima Kambing’.
Dibina daripada lebih 130 blok granit dan direka tiga pemahat terkenal, patung bersejarah itu kini menjadi tarikan pelancong serta simbol kemakmuran bandar Guangzhou.
Tugu berkenaan dihasilkan oleh tiga pengukir terkenal China — Yin Jichang, Chen Benzong dan Kong Qiuchuan.- SAHIH.
