TRELER BAWA BOT SANGKUT ‘HIGHWAY’
Treler bawa bot sangkut ‘highway’
PETALING JAYA – Satu klip video memaparkan sebuah treler dengan membawa muatan bot tersangkut pada papan tanda di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Seberang Jaya sehingga mengakibatkan aliran trafik sesak ke Utara baru-baru ini.
Perkongsian @yatboyka yatmaz di laman TikTok menjadi tular apabila sebuah bot tersangkut di lebuh raya berkenaan.
Video berdurasi 16 saat itu memaparkan kelihatan beberapa pasukan teknikal sedang membantu membuka bahagian atas bot tersebut bagi melepasi tahap ketinggian papan tanda.
Rata-rata, netizen terhibur dengan kejadian yang berlaku kerana ia kelihatan berbeza daripada kebiasaannya.
“Mungkin kapal ini ada makan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru, sebab tu perut buncit sampai tersangkut. Nasib baik pemandu tak bawa laju kalau tidak, habis runtuh papan tanda,” kata @N.Eawani, lapor Awani.
“Selalu jalan sini sesak sebab kes lori atau treler sangkut, kali ini ‘rare’ kapal yang sangkut,”
Gambar : Media sosial