TRAGEDI LEMAS DI PETANG RAYA
TRAGEDI LEMAS DI PETANG RAYA
BENTONG: Mangsa, seorang warga asing, Shahin, 38 tahun, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 400 meter dari tempat kejadian yang tersangkut di tepi Sungai Karak, kira-kira jam 9.00 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham Mohd Kahar berkata, Ketua Balai Polis Karak dan pasukannya bergegas ke tempat kejadian kira-kira jam 4.50 petang hari Rabu, setelah menerima panggilan dari orang awam yang memaklumkan lelaki berkenaan dihanyutkan air sungai.
“Mangsa bekerja di tapak projek pam pasir di Batu 4 ½, Sungai Pertang, Karak dan pihak polis turut memaklumkan kepada pihak Balai Bomba dan Penyelamat Karak untuk mendapat bantuan.
“Misi mencari dan penyelamat dihentikan kira-kira jam 9.00 malam itu dan disambung keesukan harinya,”katanya.
Katanya, mayat mangsa ditemui oleh pasukan mencari dari Balai Bomba Karak pada jam 9.00 pagi, pengecam mayat telah dibuat oleh pihak polis dan bomba, keadaan mayat tiada unsur jenayah dan dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang memberi kerjasama termasuk agensi yang terlibat, punca kematian disebabkan “accidental drowning,”katanya.-SAHIH.